Monday, March 5, 2012

SALAM TAKZIAH

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dikhabarkan salah seorang daripada ahli keluarga kita iaitu Pn. Fariza Zulkifli aka Jaa, telah kehilangan atuknya  pada hari Ahad, 4hb Mac 2012, jam 12:00 tengah malam. Oleh itu marilah sama-sama kita menyedekahkan bacaan Surah al-Fatihah kepada arwah dan kepada sesiapa yang kelapangan, mungkin boleh sedekahkan sekali bacaan Surah Yassin kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Jenazah telah selamat disembahyangkan selepas Solat Zohor (5hb Mac 2012) dan selamat dikebumikan pada jam 3:00 petang.

Wallahu'alam...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

~ RELATED POSTS ~