بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pada ketika kita menjalankan kehidupan di Penghulu segala hari ini, admin ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi sebuah kisah berkenaan Rasulullah dan Para Sahabat di datangi oleh Iblis. Semoga semua dapat ambil iktibar dari kisah ini.
Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:
Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:
Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:
Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:
"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "
Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"
Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."
Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."
Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"
Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."
Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..
Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."
Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "
*Note: Sebab itulah umat Islam dilarang menjawab Salam dari orang yang bukan Islam.*
Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemauanku, namun kerana terpaksa."
Rasulullah: "Siapa yang memaksamu? "
Iblis: "Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:
- "Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."
ORANG YANG DIBENCI OLEH IBLIS
Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"
Iblis segera menjawab: "Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."
Rasulullah: "Siapa selanjutnya? "
Iblis: "Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."
Rasulullah: "Lalu siapa lagi?"
Iblis: "Orang Alim dan wara' (Setia)"
Rasulullah: "Lalu siapa lagi?"
Iblis: "Orang yang selalu bersuci."
*Note: So pastikan diri kita sentiasa bebas dari Hadas. Time cuti tu jangan tunggu tengahari ataupun Zohor baru nak mandi.*
Rasulullah: "Siapa lagi?"
Iblis: "Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."
Rasulullah: "Apa tanda kesabarannya? "
Iblis: "Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar."
Rasulullah: "Selanjutnya apa?"
Iblis: "Orang kaya yang bersyukur."
Rasulullah: "Apa tanda kesyukurannya ?"
Iblis: "Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya."

*Note: Sumber kekayaan kita janganlah dari sumber yang haram, even 10sen kita ambil dari orang tanpa keredhaan orang tersebut, haram tetap haram. Rezeki yang halal kita cari, dengan rezeki yang halal juga kita bersedekah*
Rasulullah: "Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"
Iblis: "Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."
Rasullullah: "Umar bin Khattab?"
Iblis: "Demi Allah setiap kali berjumpa dengannya aku pasti kabur."
Rasulullah: "Usman bin Affan?"
Iblis: "Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya."
Rasulullah: "Ali bin Abi Thalib?"
Iblis: "Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)
AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI IBLIS
Rasulullah: "Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"
Iblis: "Aku merasa panas dingin dan gementar."

Rasulullah: "Kenapa?"
Iblis: "Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."
*Note: Baru je kita hendak solat, Iblis dah cuak macam orang demam, apatah lagi kalau kita tengah Solat.*
Rasulullah: "Jika seorang umatku berpuasa?"
Iblis: "Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka."

*Note: Pernah dengar ceramah agama oleh al-Hafiz Ustaz Harun Din. Dalam ceramah tu beliau kata, orang Islam Malaysia kita ni dah banyak yang tersalah anggapan, berkenaan apabila tiba bulan Ramadhan segala suku-sakat Iblis dan Syaitan akan diikat sehingga tiba raya, yang tinggal pada manusia hanyalah nafsu. Disini suka saya membetulkan 'minded' itu kerana seperti apa yang saya terima oleh al-Hafiz, bulan puasa sama sahaja dengan bulan-bulan lain tidak ada beza. Syaitan dan Iblis masih menjalankan kegiatan mereka cuma apa yang berbeza ialah, apabila kita berpuasa, Syaitan akan merasa dirinya seperti diikat dan tidak boleh menghasut orang yang berpuasa tersebut dan ini berlaku bukan sahaja pada bulan Ramadhan tetapi berlaku pada setiap kali seorang umat itu berpuasa pada bila-bila masa, hari, bulan, tahun. Jadi apabila dibandingkan dengan dialog Iblis dan Rasulullah di atas, maka terjawablah apa yang dimaksudkan dengan Syaitan diikat pada bulan Ramadhan. Secara logiknya juga, apabila bulan Ramadhan, hampir seluruh umat Islam di dunia yang berpuasa dan banyak jugalah Syaitan yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Selain itu, secara logiknya juga, jika semua Syaitan di muka bumi ini diikat/dirantai ketika bulan Ramadhan, mengapa masih ada berlakunya kekufuran, maksiat, bunuh-membunuh dan segala macam lagi perkara yang dilaknat Allah di bulan Ramadhan. Orang bukan Islam juga sudah semestinya baik-baik belaka pada bulan Ramadhan kalau Syaitan amik cuti sebulan, kan? Wallahu'alam.*
Rasulullah: "Jika ia berhaji?"
Iblis: "Aku seperti orang gila."
Rasulullah: "Jika ia berhaji?"
Iblis: "Aku seperti orang gila."
*Note: Jom semua, kita sama-sama berdoa dapat pergi Haji cepat-cepat, kalau dapat masa tengah muda ni lagi bagus. Tak payah la simpan duit nak pergi Bandung tu. Huhuhu.*
Rasulullah: "Jika ia membaca al-Quran?"
Iblis: "Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."
Rasulullah: "Jika ia membaca al-Quran?"
Iblis: "Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."
*Note: Mesti kang ada yang cakap, ala dulu masa kecik umur 10tahun dah khatam dah al-Quran. Nak ceramah sikit ni. Masa kecik memang kita dah khatam, tapi yang masa kecik tu, ko baca pun macam budak kecik, budak-budak, tajwid ntah tunggang-langgang ntah apa, faham ke tidak belum tentu lagi. Khatam umur 10tahun, skang ni umur dah 30tahun, cer ko bayangkan kalau ko tak penah belajar baca al-Quran masa umur 30tahun ni, cara ko baca al-Quran tu standard umur ko 10tahun dulu. umur dah 30 baca standard tadika. Kalau hal-hal duniawi komfom masing-masing dah g study dah ni. Ijazah belajar 4 tahun plus extend study 2 tahun, 6 tahun study baru dapat Ijazah, boleh je plak kan? Study duniawi nak dapat segulung Ijazah 6 tahun, doktor 8 tahun sanggup je. Korang tau tak fakta, kalo korang baca al-Quran dengan tajwid yang betul, dengan lagu yang ala-ala sedap walaupun suara tak sedap, hanya amik masa 3 bulan je untuk setel. Xpayah tunggu 6 tahun pun. Dah lepas khatam 3 bulan, bawak-bawak ulang dengan Tafsir pulak. InsyaAllah kalau baca satu muka al-Quran, hidayah tuhan bagi boleh buat korang tak nak berenti dan rasa sayang sangat kalo x khatamkan. Try dulu la korang-korang ye. Admin sembang nampak macam hebat ni sebab admin penah alami, Alhamdulillah, bukan nak bangga diri, sekadar menasihati korang-korang semua. Korang kalau makan McDonald's ghaso sodap, mesti nak bagi tau orang lain yang benda tu sedap jugakkan, macam tu jugaklah admin yang dah merasa. Sama-samalah kita kejar pahala. Ingat ye, kita Solat ayat dalam al-Quran tu yang kita baca, so kalau baca standard budak-budak dah tua-tua bangka ni, korang rasa Solat korang macamana? Wallahu'alam.*
Rasulullah: "Jika ia bersedekah?"
Iblis: "Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."
Rasulullah: "Mengapa jadi begitu? "
Iblis: "Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."
*Note: Jumpa orang susah kat pasar malam tu, sedekah je la, even singgit. yang penting ikhlas, walaupun tau yang skang ni banyak sindiket. Tapi kalo dah hati/niat ikhlas, apa ada hal.*
Rasulullah: "Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"
Iblis: "Suara kuda perang di jalan Allah."
Rasulullah: "Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"
Iblis: "Taubat orang yang benar-benar bertaubat."
Rasulullah: "Apa yang dapat membakar hatimu?"
Iblis: "Istighfar di waktu siang dan malam."
Rasulullah: "Apa yang dapat menconteng dan mencoreng wajahmu?"
Iblis: "Sedekah yang diam-diam."
*Note: Ada 2 maksud kat sini, yang pertama jangan mengeluh/merungut selepas bersedekah, yang keduanya jangan bercerita/menunjuk-nunjuk dekat orang lain selepas bersedekah. Macam orang sekarang ni la kan. Sedekah kena masuk tv. Kalau tak, takdo la nak sedokah. Haih!!!*

Rasulullah: "Apa yang dapat menusuk matamu?"
Iblis: "Solat Subuh."
*Note: Ni yang ramai kantoi ni yo tak? Hahaha... Jom berubah!!! Kalau hati ikhlas, niat sobolum tido, InsyaAllah selamat. Solat Subuh adalah cahaya kehidupan pada hari yang kita berSolat tersebut. Lopeh Subuh jangan la bantai tido balik (melainkan lotih bebonar macam musafir tu kan), sobab apo? sobab eh Solat Subuh tu cahayo yang menerangkan kehidupan kau sepanjang hari tu, cubo kau bayangkan lampu baru nak menyalo tetibo bateri habih. Macam tu la jawab eh. Cahayo baru nak dapek, dah kau padamkan balik. Rezeki tak masuk wei!!!*
Rasulullah: "Apa yang dapat memukul kepalamu? "
Iblis: "Solat berjamaah."
Rasulullah: "Apa yang dapat memukul kepalamu? "
Iblis: "Solat berjamaah."
*Note: Sembahyang berduo laki bini, ado imam, ado makmum pun kiro jemaah yo. Samo yo pahalo eh, yang ponting Jemaah dan Solat. Paling best dapek imamkan satu family termasuklah omak, abah, adik-adik. Kalau rajin poie la Mesojid/Surau tu (Wajib bagi mereka yang azan dari masjid/surau berdekatan kedengaran sehingga ke kediaman). Masjid Negara dikecualikan lah, gilo kau, orang Sabah dongar Azan Masjid Negaro kek tv1 setiap kali Semayang Jemahat, kalau wajib maun kupak poket. Setiap minggu nak kono fly ko KL. hahaha. Jom Jamaah!!!*
Rasulullah: "Apa yang paling mengganggumu? "
Iblis: "Majlis para ulama."
Rasulullah: "Apa yang paling mengganggumu? "
Iblis: "Majlis para ulama."
Rasulullah: "Bagaimana cara makanmu?"
Iblis: "Dengan tangan kiri dan jariku."
*Note: Sendiri paham la kan? Makan ayam KFC komfom duo tangan. Kalau geng-geng keparat (Korporat) yang ikut protokol tu, komfom la pisau bolah kanan, gerapu bolah kiri. Jom Berubah!!!*
Rasulullah: "Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"
Iblis: "Di bawah kuku manusia."
*Note: Sapo maleh potong kuku? Cubo angkek tangan ha.
Rasulullah: "Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"
Iblis: "Di bawah kuku manusia."
*Note: Sapo maleh potong kuku? Cubo angkek tangan ha.
Budak A: "Bilo kau nak potong kuku tangan kau tu bai?"
Budak B: "Tunggulah hari Jemaat, kan Sunat, dapek Pahalo lobih sikit".
Budak A: "Kuku dah panjang macam kuku Jerangkung, nak tunggu Jumaat jugak?".
Paham-pahamlah yo apo yang admin cubo sampai an.*
MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS
Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"
Iblis: "Pemakan riba."
*Note: Setiap kali poie shopping tu, lopeh bayar tu cubo biaso an cakap "Sey boli yo!", " 阿姨,我買 !", " அத்தை, நான் வாங்க! ". Sobab jual boli ni pun ado akad. Akad tando samo-samo setuju dengan apo yang dijual, apo yang diboli, apo yang dibayar, baru la ikhlas. Tapi bilo dah akad tu, janganlah balik rumah kau bantai merungut kobar mahal la apo la pulak, x buleh la macam tu, dah tau mahal, yang kau cerodik poie boli apo kes. Ha pandai-pandai la yo.*
Rasulullah: "Siapa sahabatmu?"
Iblis: "Penzina."
Rasulullah: "Siapa sahabatmu?"
Iblis: "Penzina."
*Note: Na'uzubillah... Harap sedaro dan waghieh sumo jauhkan yo...*
Rasulullah: "Siapa teman tidurmu?"
Iblis: "Pemabuk.."
Rasulullah: "Siapa teman tidurmu?"
Iblis: "Pemabuk.."
*Note: Ni pun samo. Janganlah sontuh. Bondo-bondo haram ni sekali cubo maun laie.*
Rasulullah: "Siapa tamumu? "
Iblis: "Pencuri."
*Note: Sepusen pun curik jugak yo! Kalau maun, mintak elok-elok. Jangan jadi macam orang takdo tamadun.*
Rasulullah: "Siapa tamumu? "
Iblis: "Pencuri."
*Note: Sepusen pun curik jugak yo! Kalau maun, mintak elok-elok. Jangan jadi macam orang takdo tamadun.*
Rasulullah: "Siapa utusanmu?"
Iblis: "Tukang sihir."
*Note: Tukang sihir kek Malaysia ni tu la deh, bomoh-bomoh yang ntah apo apo tu. Bomoh Siam, Bomoh Orang Asli yang hantar santau dan macam-macam la. Nasib bek la al-Hafiz Harun Din bukak klinik bomoh Islam ubek guno al-Quran, bukan Setan. Dah takdo ikhtiar bonar, boleh poie Darussyifa' yo. Cawangan seluruh negaro skang. Eh, admin tak dapek komisen yo tolong promosi ni. Jangan salah paham lak. hehehe!!!*
Rasulullah: "Apa yang membuatmu gembira?"
Iblis: "Bersumpah dengan cerai."
*Note: Bercerai ni walaupun halal, tapi mengundang kemurkaan Allah. Kalau kita kaji secara mendalam, cerai ni boleh menggalakkan penzinaan secara senyap. Maksudnya, kalau orang bercerai kawen lain. Pergaulan antara anak-anak pada masa akan datang yang sehingga ke jinjang pelamin sekiranya tidak dikaji asal-usul boleh jatuh hukum Zina. Mano la tau kan, anak kawen dongan A, dongan anak kawen dongan B satu omak, kawen lak maso akan datang, apo tah laie kalau anak, bekas suami yang jago, bini x ambik port pasal anak. Rusak keturunan. Waspado la yo. (Admin takdo niat nak tuju kek sesapo yo, Admin selagi buleh nak jago sensitiviti, tapi nasihat totap nasihat, benar totap benar, kito samo-samo share, samo-samo ambik, samo-samo tolan la yo, Maaf la kalu ado yang sentap, Admin bertujuan umum/awam ni)*
Rasulullah: "Siapa kekasihmu?"
Rasulullah: "Siapa kekasihmu?"
Iblis: "Orang yang meninggalkan Solat Jumaat."
*Note: Ramai ni. Pikir sendiri la yo. Kalau miss tu biarlah sobab bermusafir. Pado Admin sendiri, yang Admin buleh terimo tinggal sobab musafir dan org pompuan yo, walaupun ado banyak sobab lain laie yang harus atau buleh tinggal. Sobab musafir tu special sikit dan takdo apo yang buleh dibahaskan kalau dio tinggal solat Jemahat sobab dio buleh Jama'. Tapi kalau setakat tak sompek sobab banyak kojo, alahai rugi eh lak hai.*
Rasulullah: "Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "
Iblis: "Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."
Rasulullah: "Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "
Iblis: "Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."
*Note: Pado admin, golongan ni golongan pemaleh.*
IBLIS TIDAK BERDAYA DIHADAPAN ORANG YANG IKHLAS
Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "
Iblis segera menyampuk: "Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku? Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."
Rasulullah: "Siapa orang yang ikhlas menurutmu?"
Iblis: "Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."
*Note: Maksud eh orang yang suko omeh dan perak, orang yang cintakan harta dunia. Kojo sobab duit, takdo duit mengoluh tapi tak berusaho.*

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA
Iblis: "Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak dan setiap anak memiliki 70000 syaitan. Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak-anak muda, sebahagian untuk menganggu orang-orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita-wanita tua, sebahagian anak-anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.
Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.
Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.
Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.
Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.
Mereka, anak-anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka. Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.
Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur."
CARA IBLIS MENGGODA
Iblis: "Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.
Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.
Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu', Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.
Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai. Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan diapun semakin taat padaku.
Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.' Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.
Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?"
10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH SWT
Rasulullah: "Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"
Iblis: "10 macam"
Rasulullah: "Apa saja?"
Iblis: "

1. Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.
- Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra:64)
2. Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.
3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.
4. Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.
5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.
6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.
7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.
8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.
- Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan." (QS Al-Isra:27)
10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.
Dan Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat."
Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda." Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.
Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.
Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

- Rasulullah SAW lalu membaca ayat: "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud:118 - 119)
- Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)
*Note: Bersama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah ini. Admin akhiri dengan memohon ampun dan maaf kepada semua waghieh kok ado yang teraso. Yang baik itu sumo eh Allah yang boghi, datang eh daghi Dio, yang bughuk sumo tang kito manusio biaso. Wallahu'alam.*
Disediakan Oleh,

Disediakan Oleh,
Mr. Mohd 'Neymar' Zulkhairi Baharin

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.