Monday, March 29, 2010

~ HARI KELUARGA PEKETA KALI KE-3 / 2010 ~

Post kali ini saja nak share sedikit maklumat berkaitan hari keluarga. Pada sesiapa yang masih tertanya-tanya dia ahli kumpulan mana atau pun aturcara awal yang dirancang pada hari keluarga nanti, bolehlah tengok maklumat di sini.

HARI KELUARGA PEKETA KALI KE-3 / 2010

Tempat : Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan, Port Dickson
Tarikh : 09 - 11 April 2010

KUMPULAN

OREN
Pak Long
Pak Cek
Abg Zani
Apis
Syahrul
Icam
Dell
Zarfan
Affan
Mak Lang
Mak Teh
Kak Long Khairah
Jaa
Intan
Tirah

~ SELAMAT PENGANTIN BARU, AZANI & NOROBIBAH ~

RAUB, PAHANG

Pada tanggal 12 &13 Mac 2010, keluarga Peketa telah mengikuti rombongan ke Raub, Pahang bersempena dengan Majlis Perkahwinan Azani & Norobibah. Senyum lebar Pak Long dan Mak Long dapat menantu baru. Kalau abah pengantin dah senyum lebar, pengantin mestilah berseri-seri. Abang Zani segak dengan baju melayu, Kak Bib pulak cantik dengan kurung moden. Yang pasti bertambah lagi ahli keluarga Peketa. Kepada Kak Bib, selamat datang dalam keluarga bahagia Peketa.

Jom tengok gambar sekitar majlis perkahwinan di Raub, Pahang...

Abg Zani - sebelum akad nikah

Thursday, March 25, 2010

~ MEETING KALI KE-2/2010 ~

Sejurus selepas bertungkus-lumus bergotong-royong di kebun, satu mesyuarat keluarga diadakan. Macam-macam perkara dibincangkan pada mesyuarat tersebut merangkumi dari pelbagai aspek. Yang pasti perkara utama yang dibincangkan ialah mengenai Hari Keluarga yang bakal diadakan nanti. Alhamdulillah, hampir semua ahli keluarga Peketa hadir dan memberikan sokongan. Nampaknya sekarang ni pantang sebut Hari Keluarga ramai yang dah tak sabar-sabar lagi. Mesyuarat di tangguhkan dan akan bersambung pada Hari Keluarga nanti iaitu 9 April 2010 dengan agenda utama ialah pemilihan AJK Peketa. Harap siapa yang terpilih nanti menjalankan tanggungjawab dengan baik. Ahli yang lain pula "kami sedia membantu"..hehehe

Meeting ke makan???konpius plak...

Monday, March 22, 2010

~ GOTONG-ROYONG 070310 ~

Assalamualaikum...

Maaf sangat sbb lambat update blog ni...

Okeh, sekarang ni nak cerita dulu mengenai gotong-royong yang telah berlangsung pada 7 Mac 2010 yang lalu..gotong-royong telah diadakan di kebun Makteh kat baruh tu..ramai juga ahli keluarga Peketa yang menyertai gotong-royong ini...sebagai orang yang tak menyertai gotong-royong tersebut, maka hanya mendengar cerita dari mereka-mereka yang telah bertungkus-lumus bergotong-royong...macam-macam dengarnya yang berlaku...yang berdarah di kepala akibat terkena mesin gergaji (alhamdulillah..nasib baik x bergerak gergaji tu)...jumpa dengan ular??? pokok berdarah??? macam-macam la kan kalau dah ramai-ramai dalam kebun tu...terima kasih pada semua yang telah menjayakan gotong-royong tersebut walaupun x dapat nak selesaikan semua...kita buat sikit-sikit eyhh..nanti-nanti bersihkan lagi...

Jom jeling-jeling gambar kat bawah ni...

Saturday, March 6, 2010

~ DALAM INGATAN SELAMANYA ~

Tanggal 05 Mac 2010 sekitar jam 5.00pg  kita sekeluarga Peketa telah dikejutkan dengan berita kehilangan seorang bapa saudara dan juga datuk saudara kita iaitu Arwah Pak Mus telah kembali ke Rahmatullah.

~ MAJLIS PERTUNANGAN ABG BOY 14 FEB 2010 ~

Okeh...cerita pembuka untuk tahun 2010 ni tak lain dan tak bukan ialah Majlis Pertunangan Abg Boy yang telah berlangsung pada 14 Feb 2010 yang lepas...Bagi pihak keluarga MakLang, kitorg happy sgt bila anak sulung keluarga kitorg ni akhirnya bertunang jugak...terima kasih byk-byk pada seluruh ahli keluarga Peketa atas sumbangan ikhlas tak kira dari segi apa sekali pun...pastu sama-sama menghantar ke Jasin dan seperti biasa kita konvoi beramai-ramai pada hari tersebut... Yang penting sekali trimas kat Abg Zani sebab gubahan hantaran yang meletoooppp... Mmg cun laaa....Hehehe... So, sama-sama kita doakan perhubungan Abg Boy ngn Kak Ct akan berakhir ke jinjang pelamin.. Jom tgk gambar sekitar majlis pertunangan di Jasin, Melaka...

 Rombongan dari TTJ, Seremban

~ PERJALANAN TAHUN 2010 BERMULA ~

Bermulalah perjalanan kita di tahun 2010. Semestinya 2010 memberikan 1001 cabaran baru dalam kehidupan kita semua. Semoga keseluruhan ahli keluarga Peketa dapat menempuh segala cabaran kehidupan dengan kejayaan. Sebagai satu keluarga kita semua saling menyokong antara satu sama lain. Jadikan 1001 cabaran tersebut sebagai teladan dan pengajaran buat kita semua dan adik-adik yang masih kecik ni..Hadapilah cabaran tersebut dengan senyuman eyh.. macam lagu Dewa, "Hadapi dengan senyuman semua yang terjadi biar terjadi"

Pelbagai aktiviti bakal di adakan untuk tahun 2010 bagi merapatkan lagi silaturahim kekeluargaan Peketa. Yang paling di nantikan pastilah Family Day yang tertangguh pada tahun lepas. Harap sangat semua beri sokongan kepada aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan. Idea dan pendapat sangat dialu-alukan. Insya Allah satu mesyuarat membentuk Ahli Jawatankuasa Peketa akan diadakan. Kepada semua harap dapat sertai semua aktiviti. Tapi kalau dah ada tugas-tugas yang memang tak dapat dielakkan tu nak buat macam mana kan...

Teruskan dengan keharmonian kekeluargaan Peketa okeyy...

 

Friday, March 5, 2010

~ KENANGAN TERINDAH 9 ~

YEAR END HOLIDAY 2009
CAMERON HIGHLANDS, PAHANG (19 DEC 2009 - 21 DEC 2009)

Percutian penutup bagi tahun 2009 telah disertai oleh family Maklang, Makteh dan Achik. Destinasi pilihan ialah Cameron Highlands. Kita telah melawat beberapa tempat dan membeli sedikit sebanyak sayuran dan buah-buahan. Dengan suhu yg begitu sejuk di tambah lagi dengan cuaca yang hujan renyai menambahkan lagi kesejukan di Cameron Highlands. Dalam keseronokan tersebut berlaku insiden yg x diingini iaitu kereta Cik Ya mengalami masalah. Tp atas sokongan kekeluargaan semuanya dpt di atasi dgn mudah. Oh!, di Cameron kita telah menetap di sebuah apartment yang begitu memberi kemudahan. Alhamdulillah...percutian ini mencapai segala matlamat kita bg merapatkan silaturahim dalam kekeluargaan Peketa. Next time harap semua ahli keluarga Peketa dapat join percutian seperti ini.

Dalam perjalanan pulang ke Seremban, kita semua telah singgah di rumah Ayah Yop di Chenderiang, Tapah. Dapat makan tengahari di sana memang best. Menu yg disediakan memang sgt menyelerakan. Terima kasih keluarga di Chenderiang..

Jom tgk gambar kat bawah ni eyhh...

~ RELATED POSTS ~