بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apo khabar waghieh sumo? Harap sumo eh sehat dan senantiaso dalam keredhaan Allah la yo. Entry kali ni lain macam sikit. Ini cerito pasal hari Sabtu lopeh, Mac 31, 2012. Sesapo yang balik HQ pado hari tersobut memang tau bonar lah. Bukan setakat tau yo, raso-raso eh petamo kali dalam sejarah, dan kemungkinan petamo kali dalam hidup la dapek menghadiri upacaro yang ponuh adat di negeri kito ni, Negeri Sembilan. Iaitu upacaro Pelantikan Tok Lela atau nak lobih sonang paham eh Pelantikan Buapak. Dan nak lobih bersejarah laie, orang yang terpilih ialah dari ahli keluarga kita yang memang rapat iaitu Encik Azhar Haji Awaludin atau lobih dikenali sebagai Pak Cek Azhar.