Friday, March 30, 2012

JOM BARBEQUE!!!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Seperti yang semua telah sedia maklum, Keluarga PEKETA akan menganjurkan satu Majlis BBQ di HQ PEKETA, Jelebu. BBQ ini tiada tujuan lain selain untuk berseronok bersama-sama keluarga kita. Berikut adalah poster dan sedikit maklumat lanjut berkenaan Majlis tersebut. Penyertaan masih terbuka kepada semua ahli. Cuma minta jasa baik untuk ahli-ahli yang nak join last minute tu, harap dapat membawa makanan tambahan tak kisah lah mentah/dah masak supaya kita dapat share bersama selain mengelakkan masalah kekurangan makanan. Harap Maklum.


Okeh, ni listing yg admin 1 dah buek... Silo lah baco dan fahamkan... Mano yang tak cukup atau tak botul mintak bagi tau, buleh sey repair yo...

Tuesday, March 27, 2012

SANTAPAN ROHANI

Imaginasi adalah lebih penting daripada kebijaksanaan. ~Albert Einstein

Imaginasi adalah sesuatu yang amat berguna kepada pelajar. Ia boleh membuat pelajar merasa bahawa belajar itu susah, atau belajar itu senang. Maksudnya, jika di dalam imaginasi pelajar itu menunjukkan bahawa belajar itu adalah perkara susah, maka pelajar itu pasti merasa susah semasa hendak belajar.
Begitu juga sebaliknya jika imaginasi pelajar menunjukkan bahawa belajar itu mudah dan menyeronokkan, ia akan menjadi nyata.
Jadi, jika anda belajar itu susah, periksa semula apakah imaginasi anda terhadap pelajaran?

Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan

CONGRATULATIONS

Assalammualaikum ...PEKETA ...

Pada 22 mac 2012 yang lepas salah seorang anak ahli PEKETA iaitu Mohd Ikhwan Azfar Bin Azhar telah mendapat keputusan yang membanggakan dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2011.
Jadi TAHNIAH! admin ucapkan. Kepada Ikhwan semoga maju jaya didalam melayari perjalanan sebagai pelajar Universiti pula lepas ini. Dan kepada yang mengambil peperiksaan PMR dan SPM tahun ini bersedialah lebih awal bagi membantu diri kita mencapai kejayaan yang diingini ... dan jangan dilupa pencipta kita ALLAH S.W.T ...banyakkan berdoa supaya memberikan kita kesihatan yang baik dan berikan kita ketenangan dikala menjawab soalan peperiksaan kelak. Sekian ....wassalam.

Friday, March 23, 2012

KISAH IBLIS YANG 'TERPAKSA' BERTEMU RASULULLAH


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada ketika kita menjalankan kehidupan di Penghulu segala hari ini, admin ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi sebuah kisah berkenaan Rasulullah dan Para Sahabat di datangi oleh Iblis. Semoga semua dapat ambil iktibar dari kisah ini.


Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "
Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"
Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."
Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."
Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"


Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Monday, March 12, 2012

JOM BELAJAR!!!

Hai tawan-tawan... Hihihi dah macam rancangan Barnie & Friends lak... Kek sini admin nak berkongsi sedikit ilmu pemberian Allah SWT kepada semua ahli keluarga. Ilmu berkenaan bagaimana untuk upload dokumen-dokumen seperti Microsoft Word dan Adobe Reader ke Facebook. Ramai yang tertanya-tanya sebelum ni kan especially AJK Tertinggi PEKETA la kan, nak share minit mesyuarat kek Facebook x buleh kan, jadi admin telah mengambil inisiatif untuk menyediakan tutorial ni.

Jadi adik-adik, sila ikut step-by-step ye...

Monday, March 5, 2012

SALAM TAKZIAH

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dikhabarkan salah seorang daripada ahli keluarga kita iaitu Pn. Fariza Zulkifli aka Jaa, telah kehilangan atuknya  pada hari Ahad, 4hb Mac 2012, jam 12:00 tengah malam. Oleh itu marilah sama-sama kita menyedekahkan bacaan Surah al-Fatihah kepada arwah dan kepada sesiapa yang kelapangan, mungkin boleh sedekahkan sekali bacaan Surah Yassin kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Jenazah telah selamat disembahyangkan selepas Solat Zohor (5hb Mac 2012) dan selamat dikebumikan pada jam 3:00 petang.

Wallahu'alam...


Sunday, March 4, 2012

BUAT RENUNGAN SEMUA... SELAMAT BERAMAL....

10 CARA MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA


Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.


Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.


Thursday, March 1, 2012

MESYUARAT AJK PEKETA - 01/2012

Assalammualaikum .... PEKETA

Seperti yang semua sedia maklum, pada 26 Feb lepas telah pun diadakan Mesyuarat AJK PEKETA bagi tahun 2012. Ianya bagi membentangkan pandangan, pendapat serta ketidakpuasana terhadap HARI KELUARGA yang lepas. Banyak Idea-idea dan pendapat yang telah  disuarakan oleh AJK yang hadir dan akan diberi pertimbangan dan peningkatan di masa akan datang.

Kepada yang tidak dapat hadir, anda akan dimaklumkan tentang perkembangan aktiviti PEKETA bagi tahun 2012 ini melalui blog dan facebook.

Kepada  yang hadir berbanyak terima kasih diucapkan, banyak idea-idea yang telah dilontarkan dan banyak juga sumbangan yang diterima :)) minum petang yang disediakan pun sungguh menyelerakan (banyak penaung sediakan ditambah dengan mereka yang hadir juga membawa bekalan) ... berbanyak terima kasih diucapkan.
Diharap dapat berjumpa lagi pada mesyuarat yang akan datang. Sekian.

SELAMAT HARI JADI - MAC 2012 -

Assalammualaikum .... PEKETA .... :)


Selamat datang bulan Mac ... maka bertambah lah usia mereka2 yang menyambut hari lahir mereka pada bulan ini. SELAMAT HARI LAHIR diucapkan, semoga kalian akan dirahmati oleh-Nya, dan dimurahkan rezeki hendaknya ....Amin.

~ RELATED POSTS ~