MAJLIS KERAPATAN GENERASI SITI AJUM & GENERASI YANG CHEK SEMPENA AIDILADHA (28 & 29 NOV 2009)
" LIKE BRANCHES ON A TREE , WE ALL GROWTH IN DIFFERENT DIRECTION , YET OUR ROOTS REMAINS AS ONE "
Saturday, February 13, 2010
~ KENANGAN TERINDAH 7 ~
SEREMBAN - TERENGGANU - KELANTAN - PERAK - SEREMBAN (24, 25, 26 & 27 SEPT 2009)
Holiday...!!.The best holiday we had...kita telah ke Terengganu mengikuti rombongan menghantar Abg Pai yang berkahwin ke Dungun. Peribahasa ada menyebut, 'sambil menyelam minum air'. Selepas selesai majlis di Dungun, kita telah menuju ke negeri Cik Siti Wan Kembang pula. Dua hari di Kelantan memang sangat menyeronokkan. Dalam perjalanan ke Kelantan kita sempat singgah di Masjid Kristal dan Pasar Payang. Di Kelantan kita bershopping sakan di Pasir Mas, Pangkalan Kubor, Pasar Siti Khatijah juga tidak ketinggalan pasar malam Kota Bharu. Seronok!. Pada hari bertolak pulang ke Seremban, kita telah mengikut jalan Grik yang menghubungkan Kelantan dan Perak. Dapatlah juga lalu di Ipoh walaupun tak singgah. Nak kejar masa hantar Amir ke STAR. Sekitar lepas maghrib, kita semua bertolak pulang ke Seremban. Lebih kurang jam 12.00tghmlm semua telah selamat sampai di rumah masing-masing. Alhamdulillah...
~ KENANGAN TERINDAH 6 ~
HAPPY MAY BIRTHDAY & MOTHER'S DAY 2009
Pada 09 MEI 2009 kita telah mengadakan satu jamuan makan bg meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran beberapa orang ahli keluarga Peketa yang jatuh pd bulan Mei. Majlis diadakan di kediaman Pak Cu Nasrun di Taman Sri Penaga 2, Sikamat. Majlis bermula sekitar jam 8.30 malam. Mereka yang diraikan ialah...??? diketuai oleh Pak Lang Baharin, Pak Cek Azhar, Icam, Amir, Eva dan Deq Anis. Pada malam tersebut juga telah diadakan sambutan Hari Ibu yang juga jatuh pada bulan Mei. Mereka semua yang diraikan dinyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' oleh ahli keluarga Peketa yang lain. Majlis berlangsung dengan sungguh meriah bukan sahaja dengan saudara-mara yang haruk-pikuk malah dengan makanan yang disajikan terutama BBQ. Terima kasih semua. Semoga ada lagi pada masa hadapan. Jom tgk gambar-gambar neh...
Birthday boy & birthday girl
Friday, February 12, 2010
~ KENANGAN TERINDAH 5 ~
Post kali ni agak special sket. Rangkuman 2 aktiviti yang dirancang dlm masa sehari je. Tanpa planning yang rapi, kita dapat enjoy that day dengan sepuasnya. Family yang menyertainya ialah family MakLang, Makteh, Achik and Pakcu. Yang penting sekali ialah Nenda Tijah bt. Arshad turut serta dalam aktiviti tersebut. Bermula dengan perkelahan di Port Dickson sehari suntuk dan keesokannya kita meneruskan lawatan ke Zoo Negara, Kuala Lumpur. Besstttt..Adik-adik sepupu pun enjoy jer dpt tgk haiwan-haiwan tersebut..Jom tinjau-tinjau gambar kat bwh ni eyhh...
PORT DICKSON (26 JAN 2009)
Baru pas mkn la ni..
~ KENANGAN TERINDAH 4 ~
GENTING HIGHLANDS (22 - 24 DEC 2008)
Saja-saja nak share dengan family Peketa yg lain. Hanya 2 family yg dpt turut serta dlm percutian ke genting pd Dec 2008 iaitu family Maklang and Makteh.. Mungkin next time kita pergi ramai-ramai. Watch out the pics okeyy...
Santai di lobby hotel..
~ KENANGAN TERINDAH 3 ~
2nd FAMILY DAY @ PANGKALAN BALAK (30 NOV - 2 DEC 2007)
Sebuah kenangan terindah yang tak mungkin dilupakan. Hingga ke hari ini kita masih ingat setiap detik di Family Day @ Pangkalan Balak pada 2007. Bertahun sudah ditinggalkan tapi setiap saatnya masih di ingati terutama buat family Peketa yang menyertainya. Really enjoy that time sepanjang 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti dan games telah dijalankan. Game yg mendapat sambutan paling hangat tentunya bina badan, cat walk dan bahasa isyarat. Turut diadakan bbq dan treasure hunt. Hopefully next family day dpt di realisasikan dan lagi gempak dengan kehadiran seluruh Peketa family. Enjoy gambar ni eyhh...
mereka tanam paklang dlm pasir..
Tuesday, February 9, 2010
~ KENANGAN TERINDAH 2 ~
MERSING (28 & 29 APRIL 2007)
- Okehh...yang ni pulak time Abg Shahrul bertunang. So, seperti biasa ramai yang nak ikut g mengantar ke Mersing tuu..jauh bukan halangan..yg penting konvoi beramai tu..hehe...Bermalam di Teratak Buana...Jom layan gambar berikut eyhh...
~ KENANGAN TERINDAH 1 ~
BOWLING @ JJ (24 DEC 2006)
- Aktiviti ni adalah aktiviti terawal yang kita adakan. Mungkin ada aktiviti yang lebih dahulu dijalankan sebelumnya. Tapi diawal-awal pembabitan aktiviti keluarga ni kita masih belum maju dengan barangan teknologi. Jadi gambar untuk aktiviti ini tak dapat diletakkan di sini. Harap maklum la eyhh...
- Rasanya time ni hanya segelintir ahli keluarga Peketa yang turut serta. Hanya aktiviti sampingan jerr. Next time kita wat lagi eyhh...
- Rasanya time ni hanya segelintir ahli keluarga Peketa yang turut serta. Hanya aktiviti sampingan jerr. Next time kita wat lagi eyhh...
Monday, February 8, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
