Monday, March 12, 2012

JOM BELAJAR!!!

Hai tawan-tawan... Hihihi dah macam rancangan Barnie & Friends lak... Kek sini admin nak berkongsi sedikit ilmu pemberian Allah SWT kepada semua ahli keluarga. Ilmu berkenaan bagaimana untuk upload dokumen-dokumen seperti Microsoft Word dan Adobe Reader ke Facebook. Ramai yang tertanya-tanya sebelum ni kan especially AJK Tertinggi PEKETA la kan, nak share minit mesyuarat kek Facebook x buleh kan, jadi admin telah mengambil inisiatif untuk menyediakan tutorial ni.

Jadi adik-adik, sila ikut step-by-step ye...

  • Memula sekali login Facebook masing-masing lah kan.
  • Pastu, taip docs kat search box Facebok masing-masing dan klik pada Docs seperti dalam rajah (highlighted in blue).
  • Klik pada Like dan seterusnya klik pada Go to App.
  • Macam aplikasi lain di Facebook juga, skrin ini akan dipaparkan untuk pertama kali sahaja. Klik pada Allow.

  • Skrin ini akan dipaparkan. Skrin ini adalah Home skrin untuk akaun Docs yang akan anda gunakan setiap kali proses mengupload dokumen dilakukan.

  • Untuk upload dokumen, klik pada Add a Doc dan pilih Upload a Doc pada menu. Sebagai tambahan, anda juga boleh menggunakan Microsoft Word yang telah disediakan pada aplikasi ini sebagai ganti kepada yang diinstall pada laptop/pc anda untuk create document baru. (Boleh Explore sendiri kot, admin ajar cane nak upload je ye).

  • Macam biasalah, kalau skrin/paparan seperti ini keluar/popup, klik Allow.
  • Upload dokumen.
    • Klik pada Browse dan pilih dokumen (word, excel, powerpoint dan PDF sahaja) yang hendak di upload.
    • Bahagian TAGS adalah untuk menamakan dokumen anda supaya mudah dikenali dan dicari didalam library aplikasi Docs.
    • Pada bahagian SHARE WITH (Viewers:),
      • Untuk dokumen PEKETA, wajib pilih All my friends wajib untick pada kotak Post to your Facebook Profile.
      • Untuk dokumen bersifat peribadi, bergantung kepada kepentingan isi kandungan dokumen tersebut samada boleh dikongsi kepada semua atau tidak. Untuk keselamatan, untick pada kotak Post to your Facebook Profile.
    • Biarkan setting yang lain pada kedudukan asal (default).
    • Klik pada Upload.
  • Apabila dokumen berjaya diupload, paparan berikut akan dipaparkan. Klik pada dokumen yang baru diupload tersebut. Contoh disini dokumen yang bernama test.

  • Tadaaa!!! Dokumen anda telah sedia untuk dibaca dan dikongsi kepada rakan-rakan anda. Perhatikan di bawah dokumen ini telah disediakan link, sila copy link tersebut dan paste di mana-mana wall facebook yang anda suka untuk dikongsi, dalam kes ini, paste di wall PEKETA.

Alhamdulillah, selesai sudah tutorial. Untuk lain-lain kemudahan yang terdapat pada aplikasi Docs ini, anda boleh melakukan eksplorasi sendiri la ye. Sekian, terima kasih.


*Nak tengok contoh tutorial yang saya dah buat dalam bentuk Docs, sila klik sini.


                Disediakan Oleh,
Mr. Mohd 'Neymar' Zulkhairi Baharin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

~ RELATED POSTS ~