Bermulalah perjalanan kita di tahun 2010. Semestinya 2010 memberikan 1001 cabaran baru dalam kehidupan kita semua. Semoga keseluruhan ahli keluarga Peketa dapat menempuh segala cabaran kehidupan dengan kejayaan. Sebagai satu keluarga kita semua saling menyokong antara satu sama lain. Jadikan 1001 cabaran tersebut sebagai teladan dan pengajaran buat kita semua dan adik-adik yang masih kecik ni..Hadapilah cabaran tersebut dengan senyuman eyh.. macam lagu Dewa, "Hadapi dengan senyuman semua yang terjadi biar terjadi"
Pelbagai aktiviti bakal di adakan untuk tahun 2010 bagi merapatkan lagi silaturahim kekeluargaan Peketa. Yang paling di nantikan pastilah Family Day yang tertangguh pada tahun lepas. Harap sangat semua beri sokongan kepada aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan. Idea dan pendapat sangat dialu-alukan. Insya Allah satu mesyuarat membentuk Ahli Jawatankuasa Peketa akan diadakan. Kepada semua harap dapat sertai semua aktiviti. Tapi kalau dah ada tugas-tugas yang memang tak dapat dielakkan tu nak buat macam mana kan...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.