SEREMBAN - TERENGGANU - KELANTAN - PERAK - SEREMBAN (24, 25, 26 & 27 SEPT 2009)
Holiday...!!.The best holiday we had...kita telah ke Terengganu mengikuti rombongan menghantar Abg Pai yang berkahwin ke Dungun. Peribahasa ada menyebut, 'sambil menyelam minum air'. Selepas selesai majlis di Dungun, kita telah menuju ke negeri Cik Siti Wan Kembang pula. Dua hari di Kelantan memang sangat menyeronokkan. Dalam perjalanan ke Kelantan kita sempat singgah di Masjid Kristal dan Pasar Payang. Di Kelantan kita bershopping sakan di Pasir Mas, Pangkalan Kubor, Pasar Siti Khatijah juga tidak ketinggalan pasar malam Kota Bharu. Seronok!. Pada hari bertolak pulang ke Seremban, kita telah mengikut jalan Grik yang menghubungkan Kelantan dan Perak. Dapatlah juga lalu di Ipoh walaupun tak singgah. Nak kejar masa hantar Amir ke STAR. Sekitar lepas maghrib, kita semua bertolak pulang ke Seremban. Lebih kurang jam 12.00tghmlm semua telah selamat sampai di rumah masing-masing. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.