Selamat Hari Raya kepada saudara serta saudari , setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini(ewah...).
Akhirnya hari yang dinanti-nanti telah tiba....kita seluruh umat islam akan menyambut hari kemenangan kita selepas sebulan menahan lapar dan dahaga....pada Jumaat ini 10 September 2010. Pada yang nak balik ke kampung tue....bawaklah kereta tue dengan berhati-hati , ingatlah orang yang tersayang....biar lambat asalkan selamat....okey.
Jadi kepada semua ahli keluarga PEKETA...diucapkan Selamat Hari Raya....Maaf Zahir Dan Batin.
Buah Pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf maafan sesama kita
Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum dentam
Riang gembira di hari raya
Sungai disusur sehari hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.