Assalammualaikum........
Macam mana dengan puasa anda semua?.....ok tak...kalau ok Alhamdulillah.....kalau tak ok....hermm tak dapek den nak nolong do......lu pikirlah sendiri....hehe
Post kali nie , nak cerita sikit pasal Majlis Berbuka Puasa Peketa yang telah diadakan pada Sabtu lepas di Teratak Nenda....
Seawal 4.00 petang kehadiran ahli keluarga yang turut serta telah pun dinanti bg menyediakan juadah untuk berbuka puasa...tak semua yang hadir...mungkin kerana masa tidak mengizinkan mereka untuk turut bersama-sama menghadiri Majlis ini...(takpe next year kita wat lagi...Insyaallah).
Ada yang pulang dengan membawa juadah yang telah dimasak di rumah masing-masing , ada juga yang sempat masak juadah di dapur rumah nenek yang santik dan bersih itu....(awta jer...). Walau apapun juadah untuk malam itu sungguh menyelerakan terutama KUIH SOPANG (hehehe....) ade jugak yg bukak gerai Kuew Tiau Goreng ni...sampai licin lah dibelasah oleh anak-anak buah yang memang "favourite" diorang. MOD jer yang tak dapat rasa ha......
Selepas berbuka semua ahli keluarga yang hadir bersembahyang Maghrib secara berjemaah......Isyak dan Seterusnya Sembahyang Tarawikh yang diimamkan oleh PakCek Azhar....Alhamdulillah semua yang hadir dapat sekali berjemaah bersama.....
Selepas Berjemaah ada yang sambung makan , ada juga yang berbincang mengenai tarikh Open House yang bakal diadakan pada Hari Raya nanti....dan keputusannya adalah " Nanti kita mesej2 lah yer...." jadi kita jumpa pada Hari Raya nanti di Teratak Nenda.....Sekian.
* Anis ngn Makteh tgh beradu mata...tgk muka Anis tu...hehe *
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.