Pada 17 Julai yang lepas , Pak Ngah Duan telah pun mengadakan Majlis Kenduri Doa Selamat dan Tahlil Arwah. Ia juga bagi memanjatkan kesyukuran ke atas kandungan ....Kak Ngah Ayu yang sudah masuk 8 Bulan.
* Majlis diadakan di Rumah keluarga Pak Ngah di Taman Tuanku Jaafar , Seremban dan dimulakan seawal jam 10.30 pagi..
* Bacaan Yaasin dimulakan pada jam 11.30 pagi...ramai ahli keluarga dan jiran-jiran terdekat ikut serta membaca Yaasin. Tepat jam 12.00 tengah hari tetamu dijemput ke bawah khemah untuk menjamu selera. Hidangan tengah hari disediakan oleh Katering (tak tau lak name nye...).
* Majlis juga diserikan dengan Ceramah Penjagaan Kesihatan Wanita yang telah disampaikan oleh Pak Cek Azhar...dan dalam masa yang sama memperkenalkan Produk Kesihatan bagi menghindari penyakit puan iaitu FC BIO SANITARY PAD.
Oklah setakat ini sahaja post kali ini....kepada Kak Ngah Ayu kami semua ahli Keluarga PEKETA ingin mengucapkan tahniah diatas kandungan Kak Ngah dan berharap bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat walafiat dan comel.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.