Thursday, April 1, 2010

~ SEMOGA CEPAT SEMBUH ~

Assalamualaikum semua warga Peketa...

Pada jam 6.30pg td (01/04/2010) Mak Lang telah mendapat SMS dari Pak Long Nasir yang memberitahu  Tok Cek Zamrus telah dimasukkan ke ICU Hospital Port Dickson. Kemungkinan Tok Cek mengalami serangan jantung yang minimal. 

Pada waktu petangnya, Mak Lang telah menelefon Wan Cek dan telah diberitahu bahawa keadaan Tok Cek stabil dan sudah mula sedarkan diri. Alhamdulillah...


Kepada seluruh keluarga Peketa yang berpeluang untuk menziarahi Tok Cek, silalah berbuat demikian. Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah S.W.T. semoga Tok Cek cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

Wassalam...

P/S: Sehingga jam 10.15mlm, Tok Cek masih ditempatkan di ICU tapi keadaannya stabil.

 

1 comment:

  1. Didoakan semoga cepat sembuh....dan cepat2 keluar hosp dan sihat....Amin.
    ICAM

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

~ RELATED POSTS ~