Sunday, April 25, 2010

~ HARI KELUARGA PEKETA 2010 (090410 - 110410) ~

Assalamualaikum......(tok..tok..tok..)... ;-)

Ok...ok...tau dah...lambat update...Maaf banyak-banyak sebab takder kesempatan sebelum ni nak update...Mesti dah tak sabar nak tgk sebahagian gambar masa family day aritu. Okey..ni sedikit citer disebalik family day aritu dan beberapa gambar yang sempat nak upload kat blog.

1stly nak bgtau yang mungkin dan mustahillah nak upload gambar byk2 tu (ada dlm 1000+ keping gambar) dalam blog ni. Pilih beberapa gambar yang rasa sgt best jela letakkan sini eyh...kalo ada masa nnt org try buat slideshow gmbr yang lain tu...bagi yang nak gambar-gambar sekitar family day untuk simpanan sendiri, jgn malu jgn segan leh copy dari Icam dan Intan dan Abg Boy. Pada yang ada gambar-gambar yang lain meh la share..sharing is caring kan...hehe...yang pasti kegembiraan jelas terpancar pada semua ahli Peketa terutama Penaung Peketa iaitu Nenda Tijah. Senyum je nenda tengok gelagat anak menantu cucu..hehe..

Coretan disebalik Hari Keluarga Peketa 2010
(RUMAH PERANGINAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN, PORT DICKSON)

Jumaat (9 April 2010)

* Sekitar jam 5.00ptg hampir keseluruhan ahli keluarga Peketa telah sampai di PD.
* Sesi pembahagian Apartment kepada seluruh keluarga dijalankan oleh Pak Cek Azhar.Tahniah Pak Cek sbb tempat best dan selesa.



* Yang paling last sampai Abg Pai & Kak Jaa sekitar jam 11.00mlm.
* Meeting pemilihan Ahli Jawatankuasa Peketa dilangsungkan bermula jam 9.00mlm.
* Pak Long Nasir dilantik Pengerusi Mesyuarat mlm tersebut.
* Nenda Tijah sebagai Penaung Peketa dipersetujui sebulat suara oleh anak cucu.


* Suasana sesekali gamat dengan pelbagai nama yang dicalonkan sebagai AJK Peketa.
* Sekitar jam 11.00mlm mesyuarat ditangguhkan dan pemilihan AJK Peketa telah dipersetujui semua.

* Selesai mesyuarat diadakan acara penyerahan T-Shirt dan Bendera Hari Keluarga Peketa oleh Nenda Tijah.
* Selepas penyerahan tersebut diadakan sesi test suara untuk malam karaoke.


* Untuk pertama kalinya Pak Lang menyumbangkan suara untuk diperdengarkan kepada semua.
* Bersurai sekitar jam 1.00pg.
* Nak tau tak, lepas bersurai malam tu Pak Long Nasir dek terlampau seronok sampai salah masuk Apartment (tu Oren kalah tu..ketua awal-awal dah wat hal..) hahahahaha....


Sabtu (10 April 2010)

* Seawal 7.00pg sebahagian ahli Peketa dah berkumpul untuk sesi senaman aerobik.
* Memandangkan pagi tersebut hujan, sesi senaman aerobik telah diadakan di ruang legar tempat mesyuarat.
* Nampaknya instraktor senaman aerobik telah bertukar kepada Pak Ngah.


* Senaman Aerobik di mulakan dengan suasana aman damai di pagi hari. Tapi telah bertukar menjadi senaman / joget lambak apabila Pak Cek telah memasang lagu-lagu 60an sebagai muzik untuk senaman tersebut. Suasana aman bertukar gamat jadinya.
* Rasanya untuk senaman aerobik yang akan datang dah tak diperlukan instraktor rasanya. Lain instraktor buat, lain yang korang buat. Macam-macam jenis joget dapat dilihat. Pecah perut gelak...


* Selesai senaman sekitar jam 8.30pg, masing-masing mula mencari sarapan pagi.
* Hidangan sarapan pagi ialah nasi goreng & mee hoon goreng.



* Sekitar 9.30pg acara sukaneka telah dimulakan dan diadakan di padang permainan yang berdekatan.


* Pelbagai acara sukaneka diadakan. Tahniah untuk AJK Sukaneka Hari Kelurga kita iaitu Abg Naim, Abg Boy dan Angah Ayu serta dibantu oleh Pak Lang.





* Sekitar jam 12.30tghari sukaneka ditangguhkan bagi memberi ruang penyediaan makan tengahari dan solat zuhur. Hanya acara sand art yang diteruskan.
* Jam 2.30ptg semua mula berkumpul semula di padang untuk meneruskan acara sukaneka.
* Acara kemuncak sukaneka dah tentulah acara suami solek isteri / anak solek ibu. (anak lelaki la)


* Adoiyai...macam yang berlaku time ni. Sapu bedak kat tudung la..Sapu gincu ksampai gigi la...sampai pipi pun ada...acara ni memang gelak pecah perut la...
* Sekitar 6.30 ptg semua balik ke Apartment masing-masing. Ada juga yang sempat ke laut tu. Nak jugakkk....
* Selesai solat maghrib dan isyak acara malam diteruskan.
* Hidangan malam tu dah tentulah BBQ ayam, ikan, udang dan sotong. Sedapnyeeee...kuah cicah tu yang paling best tu...Resepi mintak kat Mak Cek eyhhh....




* Sambil-sambil berBBQ tu acara karaoke family dan sesi bertukar hamper family diadakan.
* Semua keluarga memperdengarkan bakat terpendam masing-masing.


* Pak Cek dan Pak Cu memang tak boleh disangkal lagi kesedapan suara dorang. Tapi ada bakat-bakat lain yang dicungkil malam tu antaranya Ikhwan dan Apis. Boleh tahan gak tu...tp tahniah pada semua sebab menyahut cabaran karaoke keluarga pada malam tersebut.
* Selesai karaoke keluarga sekitar jam 11.30mlm.
* Selepas tamat karaoke keluarga diadakan pula karaoke terbuka. Masing-masing tunjuk bakat. Mak Cu pun tak ketinggalan..cayalah Mak Cu...hehehe...
* Otai-otai kita pun turut serta berkaraoke. Macam tu baru sporting kan...


* Majlis malam tu bersurai jam 1.00pg.


Ahad (11 April 2010)

* Jam 7.00pg selepas Subuh Pak Long Nasir telah mengadakan sesi tazkirah. Ahli Peketa yang berkesempatan telah turut serta. Banyak ilmu yang kita dapat pada sesi tazkirah tersebut.
* Mak Lang pula telah menyediakan zikir munajat, doa taubat dan selawat Asrar. Kita telah lagukan doa taubat dan selawat Asrar bersama-sama pada pagi tu.
* Selepas sesi tazkirah kita telah menjamu sarapan pagi sambil berbual kisah-kisah lama. Seronok jer dengar citer dulu-dulu.
* Jam 8.30pg acara sukaneka dimulakan. Ada dua acara akhir yang belum dijalankan iaitu pijak belon dan futsal.
* Ermmm...dua acara akhir ni memberi dua insiden yang tak diingini.
* Bagi acara pijak belon telah berlaku kemalangan kecil kepada Abg Naim. Kecederaan lutut terseliuh dan membengkak. Paramedik cepat menghulurkan bantuan.


* Bagi acara futsal telah berlaku kecederaan kepada Abg Boy iaitu lutut tersiat kulit. Haish...Dua-dua AJK Sukaneka pulak tu...


* Kesudahannya acara futsal ditukar format permainan dengan hanya mengadakan sepakan penalti sahaja. Oren menang!!!
* Jangan tak tau ada juga yang merajuk bila acara futsal ditukar format. Kalah la pulak kan...hehehehe...sape yang terase tu eyhh...
* Selesai acara semua berkumpul diruang legar untuk acara penyampaian hadiah.
* Tahniah pada rumah merah kerana menjuarai hari keluarga kali ini. Oren di tempat kedua dan biru kecundang di tempat ketiga.




* Sempat juga kita keluarga Peketa bergambar beramai-ramai sebagai mengabadikan kenangan HARI KELUARGA PEKETA 2010 DI PORT DICKSON.


* Selepas selesai penyampaian hadiah kita semua menjamu selera makan tengahari dan mengemas. Bersiap sedia untuk meninggalkan tempat yang memberi kenangan kepada kita selama tiga hari.
* Sekitar jam 3.00 ptg semua ahli keluarga Peketa bertolak balik ke rumah masing-masing.


Menang atau kalah bukanlah keutamaanya. Yang paling penting ialah kerjasama dan kemesraan yang merapatkan lagi perhubungan kekeluargaan dalam Keluarga PEKETA. Selama tiga hari di Port Dickson kemesraan yang terjalin seolah-olah memberi jaminan perhubungan kekeluargaan antara kita semua akan terus berkembang hingga akhir hayat. Tahniah kepada AJK Hari Keluarga PEKETA 2010 yang telah bertungkus-lumus menjayakan family day kali ini - AJK Penginapan, AJK Siaraya, AJK  Penyediaan Makanan, AJK Kerohanian, AJK Sukaneka, AJK Fotografi dan AJK Hadiah. Tahniah juga kepada yang lain kerana turut membantu memeriahkan lagi family day ini. Kepada yang tak dapat menyertainya, Insya Allah akan datang ada lagi.

Kepada AJK PEKETA yang baru dilantik, semoga ada macam-macam aktiviti yang akan diadakan akan datang. Pesanan kepada AJK Sukan, dorang dah tak sabar nak berfutsal dan berbowling...hahaha...

Salam sayang buat All Peketa...

 

3 comments:

  1. Family Day yang terbaekkkk!!! dan bestttt skali....harap2 aktiviti akan dtg lagi best....hah! ble lagi nak lawan boling nie....tgn dah gatal nak membaling bola dah nie....menghentam pin2 yang bakal pecah !!!!!!

    ReplyDelete
  2. lupo lak namo utk komen diatas ...HISHAM.

    ReplyDelete
  3. Kalo ado maso nnt den dtg amik gmbr2 ni dr kau... Den tgh carik software yg terbaekkk nak wat slideshow... Kalo ado maso den buek, kalau x kau tolong la yo...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

~ RELATED POSTS ~