RAUB, PAHANG
Pada tanggal 12 &13 Mac 2010, keluarga Peketa telah mengikuti rombongan ke Raub, Pahang bersempena dengan Majlis Perkahwinan Azani & Norobibah. Senyum lebar Pak Long dan Mak Long dapat menantu baru. Kalau abah pengantin dah senyum lebar, pengantin mestilah berseri-seri. Abang Zani segak dengan baju melayu, Kak Bib pulak cantik dengan kurung moden. Yang pasti bertambah lagi ahli keluarga Peketa. Kepada Kak Bib, selamat datang dalam keluarga bahagia Peketa.
Jom tengok gambar sekitar majlis perkahwinan di Raub, Pahang...
Abg Zani - sebelum akad nikah
Kak Bib - Setia menanti
Selepas akad nikah - bergambar dengan sebahagian keluarga
Renjis-renjis dipilis..ditepungilah tawar...
Berselera nampak...
Air pon sodappp...
Peketa's family
KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN
Majlis perkahwinan di sebelah pihak lelaki telah diadakan pada 20 Mac 2010 di Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah. Serba biru hiasan khemah dan juga pelamin yang tersergam indah. Semua ahli keluarga Peketa berusaha untuk sampai awal. Yang telah mendapat tugas dari Pak Long, teruslah menjalankan tugas tersebut. Kena jadi penyambut tetamu, jadi pemegang amanah (jaga duit orang bagi tu), jaga P.A System. Semua berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi kepada Pak Long dan Mak Long atas kehadiran menantu baru dalam keluarga.
Ni pulak gambar sekitar majlis di Kuala Pilah...
SEMOGA KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT.....
ReplyDeleteYup..tol2..hingga ke anak cucu cicit...hingga hujung nyawa...
ReplyDeleteBudak Norobibah tu kono panggil dio Beb la peh ni...
ReplyDeleteAnonymous tu sapo tu??? lotak la namo skett...
ReplyDeletePggil Kak Beep beep..mcm dlm cter bugs bunny tu..hahah