Thursday, March 25, 2010

~ MEETING KALI KE-2/2010 ~

Sejurus selepas bertungkus-lumus bergotong-royong di kebun, satu mesyuarat keluarga diadakan. Macam-macam perkara dibincangkan pada mesyuarat tersebut merangkumi dari pelbagai aspek. Yang pasti perkara utama yang dibincangkan ialah mengenai Hari Keluarga yang bakal diadakan nanti. Alhamdulillah, hampir semua ahli keluarga Peketa hadir dan memberikan sokongan. Nampaknya sekarang ni pantang sebut Hari Keluarga ramai yang dah tak sabar-sabar lagi. Mesyuarat di tangguhkan dan akan bersambung pada Hari Keluarga nanti iaitu 9 April 2010 dengan agenda utama ialah pemilihan AJK Peketa. Harap siapa yang terpilih nanti menjalankan tanggungjawab dengan baik. Ahli yang lain pula "kami sedia membantu"..hehehe

Meeting ke makan???konpius plak...

Hangat perbincangan ni...

Ahli kecik dah keletihan..tido yer...

Bincang jgn tak bincang...

AJK Sukaneka tengah bagi penerangan...

 

2 comments:

  1. Ni lah satu2 eh meeting yg den tak boring... Meeting kek opis, pengerusi baru bagi salam nak mulo, den dah mintak kebenaran poie toilet... hahaha...

    ReplyDelete
  2. Hahaha...klo meeting kek opis, da dokek nak mulo tu time tu la baru tingat lom smyg laie..hahaha

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

~ RELATED POSTS ~